True Aqua terdiri dari 3 rakan kongsi yang mempunyai minat yang mendalam terhadap penternakan udang galah. TrueAqua telah beroperasi sejak akhir 2005, bermula dengan 3 kolam udang dan kini mempunyai 17 kolam udang.
Antara servis yang True Aqua sediakan ialah: 1) Menjual udang galah hidup 2) Membeli udang galah hidup 3) Kursus Ternakan (Teori dan Praktikal) 4) Khidmat Nasihat 5) Hatchery
True Aqua beroperasi sepenuh masa di kolam yang terletak di Kg Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan |

|
Kursus Penternakan Udang Galah
TrueAqua adalah satu-satunya syarikat yang mengadakan kursus penternakan udang galah secara aktif (2 minggu sekali) di samping menternak udang galah dengan jayanya.
Kursus kami amat intensif meliputi dari A ke Z dan yang paling unik ialah ia diadakan di kolam ternakan kami sendiri. Ini amat penting untuk memastikan kesemua peserta samada berpengalaman ataupun masih mentah betul-betul faham dengan topik yang diajar.
Antara topik kursus ialah kualiti air, sistem kolam yang betul, pemakanan dan cash flow. Kami juga pernah menjemput pihak Jabatan Perikanan untuk memberi sepatah dua kata tentang penternakan ini.
Jika berminat, sila email kami nama penuh, no IC dan membuat pembayaran ke Maybank 162021303684 (A. Fadzil Zainun)
|